Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

Pengumuman

SIARAN AKHBAR PEMBERIAN PENGURANGAN CUKAI BANGUNAN SEMASA (TAX RELIEF) BAGI TAHUN 2020


PENGUMUMAN PR PEHIN.jpg

1.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perkenan untuk pemberian pengurangan cukai bangunan semasa (tax relief) bagi tahun 2020 kepada pembayar cukai bangunan komersial di bawah kawasan kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran.

2.     Langkah ini adalah sebagai satu lagi usaha pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan kepada sektor perniagaan yang terkesan berikutan dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara ini semenjak 9 Mac 2020. Usaha ini adalah sebagai tambahan kepada langkah-langkah dan pakej bantuan ekonomi tambahan yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam sidang akhbar pada 21, 28 dan 30 Mac 2020 yang lalu.

3.     Objektif bagi pemberian pengurangan (relief) ini adalah:-

3.1 PERTAMA: Sebagai galakan kepada pemilik bangunan komersial untuk meringankan bebanan penyewa-penyewa yang terjejas 2 perniagaan mereka, iaitu dengan membebaskan atau mengurangkan kadar sewa; Insentif ini adalah juga selaras pada menjunjung Titah Perutusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenaan Jangkitan Wabak COVID-19 pada 13 April 2020: "Sebagai tanda ihsan dan belas kasihan, dalam keadaan sekarang, elok juga rasanya kalau para pemilik premis-premis sewa, seperti kedai-kedai seumpamanya, menimbangkan untuk turut meringankan beban penyewa-penyewa yang terjejas perniagaan mereka, dengan membebaskan atau mengurangkan kadar sewa untuk beberapa waktu sehingga wabak ini berakhir. Kalau ini dapat dibuat, maka tidak syak lagi, ia adalah satu sedekah yang imbalannya adalah pahala."

3.2 KEDUA: Untuk membantu dari segi cash flow atau aliran tunai pembayar cukai bangunan dan penyewa bagi hartanah komersial;

3.3 KETIGA: Untuk membantu mengurangkan kesan yang lebih buruk ke atas pembayaran tunggakan cukai bangunan.

4.     Keterangan mengenai pemberian pengurangan (relief) bagi tuntutan cukai bangunan semasa untuk tahun 2020 kepada pembayar cukai bangunan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:- Pengurangan kadar cukai bangunan ini hanya akan diberikan kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pembebasan sewa kepada penyewa premis 3 perniagaan. Pengurangan kadar cukai ini adalah tertakluk kepada beberapa syarat seperti berikut:-

4.1 PERTAMA: Pemilik bangunan hendaklah mengurangkan sewa bulanan sekurang-kurangnya 10% daripada kadar sewa bulanan asal bagi tempoh 6 bulan.

4.2 KEDUA: Pengurangan kadar cukai bangunan ini akan diberikan kepada pemilik hartanah (premis) yang disewakan atau kegunaan sendiri bagi kategori-kategori berikut:

4.2.1 Dalam kategori komersial, iaitu yang digunakan bagi perdagangan, perindustrian dan hartanah khas (seperti hotel atau stesen minyak); dan

4.2.2 Dalam kategori kediaman, iaitu yang digunakan bagi perniagaan atau perdagangan home-based iaitu seperti day care, kedai jahit atau kedai runcit.

4.3 KETIGA: Pertimbangan pengurangan cukai bangunan kepada pemilik bangunan yang mempunyai tunggakan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-

4.3.1 Pemilik bangunan berkenaan hendaklah telah menjelaskan sekurang-kurangnya sebanyak 10% daripada keseluruhan jumlah tunggakannya;

4.3.2 Pemilik bangunan yang belum menjelaskan sekurangkurangnya sebanyak 10% daripada keseluruhan jumlah tunggakannya hendaklah memberikan komitmen bertulis 4 dengan menandatangani surat perjanjian pembayaran tunggakan. 

4.4 KEEMPAT: Pemilik bangunan untuk menghadapkan permohonan dengan

menyertakan dokumen-dokumen dan keteranganketerangan yang lengkap ke Jabatan-Jabatan Bandaran yang berkenaan.

5.     Pemberian Pengurangan Kadar Cukai Bangunan adalah berdasarkan jumlah pengurangan sewa

bulanan seperti pecahan berikut:-

i. Pemilik bangunan yang mengurangkan sewa bulanan kepada penyewa sebanyak 10%-14%, akan diberikan pengurangan kadar cukai bangunan sebanyak 20%;

ii. Pemilik bangunan yang mengurangkan sewa bulanan kepada penyewa sebanyak 15% - 19%, akan diberikan pengurangan kadar cukai bangunan sebanyak 35%;

iii. Pemilik bangunan yang mengurangkan sewa bulanan kepada penyewa sebanyak 20% dan ke atas, akan diberikan pengurangan kadar cukai bangunan sebanyak 50%;

iv. Pemilik bangunan yang tidak memberikan pengurangan sewa bulanan atau pengurangan hanya kurang daripada 10% dari sewa bulanannya tidak akan diberikan pengurangan kadar cukai bangunan.

6.     Di dalam hubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sukacita mengharapkan agar pemilik-pemilik premis perniagaan akan dapat bersama-sama membantu di dalam usaha menangani cabaran-cabaran berikutan dengan penularan wabak COVID-19 di negara ini khususnya di dalam mengurangkan kadar sewa bangunan yang disewakan.

7. Untuk maklumat lanjut, orang ramai, khususnya pembayar cukai bangunan, bolehlah menghubungi pihak Jabatan-Jabatan Bandaran seperti berikut :-

Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

Tel: 2232424 ext. 120 / 7179900

Emel: info@bandaran-bsb.gov.bn

  Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

Tel: 3347300 Emel: property@bandaran-kb.gov.bn

 Jabatan Bandaran Tutong

Tel: 4221009 / 8117115

Emel: property@bandaran-tutong.gov.bn

-TAMAT-

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Negara Brunei Darussalam

 13 Ramadan 1441H / 07 Mei 2020M

Attachments
Created at 16/05/2020 12:14 by Dk Norshahara Binti Pg Hj Md Ali
Last modified at 16/05/2020 12:30 by Dk Norshahara Binti Pg Hj Md Ali