Penubuhan Dan Peranan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait Dan Seria. - Mula di tubuhkan pada 01 September 2005
- Tugas dan Peranan adalah bagi menguatkuasakan Undang-Undang, Akta dan Peraturan yang di pertanggungjawabkan di bawah Lembaga Bandaran Kuala Belait Dan Seria.
- Membuat Rondaan, perisikan, pemantauan serta pemeriksaan disamping mengumpul maklumat-maklumat yang bersangkutpaut dengan sebarang Akta, undang-undang dan peraturan yang di peruntukkan.
- Pemantauan Kebersihan Sampah di bawah Kawalan Bandaran Kuala Belait Dan Seria bagi memastikan Kebersihan terjaga.
- Konsep Bahagian Penguatkuasaan adalah "MENCARI KERJA BUKANNYA MENUNGGU ARAHAN" mengenai apajua kesalahan pelanggaran Syarat-syarat dan peraturan yang sedia ada.
- Hasil pemeriksaan disediakan laporan lengkap serta bergambar untuk mendapat nasohat dari Setiausaha Lembaga Bandaran dan ketetapan daripada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait Dan Seria.
- Usaha-usaha dan perlaksanaan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan pada masa ini adalah seperti berikut:-
- Operasi Bersepadu [Dalaman] yg diketuai oleh Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Perlesenan, Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Kawalan Bangunan Jabatan ini.
- Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi Kerajaan yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan yang mempunyai Bahagian Penguatkuasaan.
- Pemantauan malam.
- Memberi kefahaman kepada peniaga-peniaga dan orang ramai denga mengadakan taklimat mengenai dengan Akta, Peraturan dan Syarat-Syarat yang diperuntukkan dibawah Lembaga Bandaran dari masa ke semasa.
- Gagal mematuhi Akta, Peraturan dan Syarat-Syarat setelah diberi teguran dan surat peringatan [amaran] maka tindakan Undang-Undang akan ambil.
|