- Ditubuhkan pada awal tahun 1930'an di Kuala Belait. [Lembaga Kebersihan — (Sanitary Enactment 10/1920)]
- Pekan Seria dimasukkan di bawah kawalan Bandaran (Lembaga Kebersihan) pada tahun 1936.
- Sejak ditubuhkan pada tahun 1930'an sehingga 1953, pentadbirannya adalah di bawah Pejabat Daerah dan diketuai oleh Penolong British Resident.
- Mulai 1953 urusan pentadbiran dikendalikan dan diketuai oleh Pegawai Daerah Belait sehingga 31 Oktober 1985.
- Pada 01 Januari 1984, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria menjadi salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Pada 01 November 1985, pentadbiran Jabatan diambil alih sepenuhnya oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Sebagai Ketua Jabatan berstatus penuh.
- Pada 18 September 1997, Jabatan mempunyai Bangunan Utamanya sendiri di Jalan McKerron, Kuala Belait.
- Keluasan Lembaga Bandaran Kuala Belait ialah 21.83km persegi, manakala kawasan Lembaga Bandaran Seria ialah 1.56km persegi.
|