Penubuhan Dan Peranan Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang Jabatan Bandaran Kuala Belait Dan Seria.
Memberi kefahaman kepada orang awam mengenai dengan akta, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal perbandaran;
Mengambil tindakan terhadap pelanggaran undang-undang dan peraturan serta yang gagal dalam mematuhi arahan / notis yang dikeluarkan;
Memantau dan membuat perisikan terhadap kegiatan-kegiatan hal ehwal perbandaran secara berterusan;
Mengadakan operasi sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasan kerajaan yang berkenaan, dan;
Menyediakan laporan dan fakta pendakwaan, jika diperlukan bagi kesalahan-kesalahan yang dihadapkan untuk tindakan mahkamah.