Mengurus dan mentadbir hal ehwal kakitangan antaranya dalam perkara-perkara berikut;
Pengiklanan jawatan-jawatan kosong dan pengambilan;
Kursus dan latihan;
Mengendalikan hal ehwal keanggotaan dan disiplin;
Memproses permohonan dan pembayaran bagi elaun pelajaran, elaun cuti tambang dan kemudahan pendahuluan pinjaman kenderaan;
Mengurus hal ehwal keperluan peralatan dan kelengkapan jabatan;
Selaku "Focal Point" bagi penyediaan Laporan Tahunan, Manual Prosedur Kerja (MPK), Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR), Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) dan sebagainya;
Bertindak selaku perhubungan awam bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti jabatan dan kementerian;
Pengurusan Rumah Persinggahan Kerajaan;
Menyelaras projek-projek kerajaan, dan;
Membantu Setiausaha Bandaran selaku urusetia dalam memastikan penyediaan minit-minit, kertas-kertas kerja dan apa jua perkara yang berkaitan dengan mesyuarat Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria berjalan dengan lancar.