Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBengkel KB dan Seria

Fungsi utama Bahagian Bengkel Jabatan Kuala Belait dan Seria ialah untuk mentadbir hal ehwal kenderaan dan stor serta mesin-mesin yang ada di jabatan dan di samping itu juga memberi perkhidmatan pengangkutan untuk jabatan dan juga membuat kerja-kerja pemeliharaan yang kecil terhadap bangunan-bangunan yang di bawah kawalan jabatan.

Bahagian Bengkel ini juga mempunyai matlamat yang tersendiri terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanah oleh jabatan.

Bahagian Kenderaan
Memastikan semua kenderaan-kenderaan yang ada di jabatan ini akan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik serta selamat untuk digunakan secara berterusan dari masa ke semasa.

Bahagian Mesin dan Peralatan
Memastikan semua mesin-mesin yang ada di jabatan ini akan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik serta selamat untuk digunakan secara berterusan dari masa ke semasa

Bahagian Stor
Memastikan semua keluar masuk stor dicatat, seperti mesin-mesin, alat ganti, minyak, perkakas kebersihan dan alat-alat pemuliharan. Bahagian ini juga membuat kerja-kerja mencari pembekal bagi sebut harga alat ganti, perkakas kebersihan dan lain-lain.

Bahagian Pemandu VIP
Pemandu vip yang dikawal oleh bengkel ada 4 orang sahaja untuk menjalankan tugas memandu kenderaan BG 1300, BG 929 dan BG 930 untuk membawa PLB dan pegawai kanan jabatan ini.