Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG KAWASAN

LEMBAGA BANDARAN KUALA BELAIT DAN SERIA


  • Pada awalnya, Lembaga Bandaran dikenali sebagai Lembaga Kebersihan (Sanitary Board), dimana Lembaga tersebut mula diperkenalkan di Kuala Belait pada awal tahun 1930an iaitu berpandukan kepada "Sanitary Enactment 10/1920". Manakala Pekan Seria dimasukkan di bawah kawalan Lembaga Kebersihan pada tahun 1936.

  • Mulai tahun 1953 Lembaga Kebersihan (Sanitary Board) dinaikkan tarafnya kepada Lembaga Bandaran (Municipal Board).

  • Pada tahun 1930an hingga 1953 Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria adalah di bawah pentadbiran Penolong Residen British, tetapi selepas itu sehingga 31hb Oktober 1985 ianya di bawah kawalan Pegawai Daerah Belait.

  • Mulai 1 November 1985, pentadbiran Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Ketua jabatan berstatus penuh.